3.Kurikulum
Anda
mesti menilai sistem kurikulum yang akan dilaksanakan di sekolah tersebut. Untuk akademiknya biasa tiada masalah kerana
kebanyakan sekolah akan melaksanakan kurikulum bersepadu kementerian pelajaran.
Untuk subjek agama [dinniah] anda perlu teliti dan melihat apa yang akan
diajarkan. Tengok silibusnya. Jika anda pun kurang arif tentang hal ini,
bertanyalah pada kenalan atau ustaz ustaz yang anda kenal. Dalam masa enam
tahun bersekolah {rendah} atau lima tahun {menengah} anda kena jelas tentang
pembelajaran anak anak dan adakah ianya mencukupi atau anda perlu mencari
tempat lain untuk tambahan. Jika sekolah mengikut sistem yang telah
dilaksanakan oleh Jabatan Agama dinegeri masing masing, maka itu sudah
mencukupi untuk memuaskan diri anda. Masalahnya jika ada sistem sendiri yang
dilaksanakan, anda perlu membuat penilaian yang lebih.
Lihat
pula pada sistem Al Quran. Kaji sistem itu dan maklum tentang tilawah, tajwid,
taranum jika ada, dan juga hafazan yang akan dilaksanakan. Jadi anda akan tahu
berapa juzuk anak anda akan hafal melalui sekolah tersebut. Adalah diingatkan
pada ibubapa bahawa mereka memainkan peranan yang amat penting dan
bertanggungjawab untuk membantu anak mencapai tahap yang ditetapkan sekolah.
Dalam
pembentukan akhlak dan syaksiah Islamiah, anda juga perlu bertanya bagaimana
program sekolah untuk membentuk anak anak ketahap yang ingin dicapai. Anda perlu tengok program seperti tamrin,
qiamulail, usrah, perkhemahan dan program program lain dan lihat juga bila
program ini dilaksanakan. Cuti sekolah, sabtu atau masa masa lain. Anda perlu
tahu kerana anda perlu merancang pergerakan anak anda.
Anda
juga mungkin perlu mengenali guru gurunya dengan lebih rapat kerana inilah
kumpulan manusia yang akan membantu anda membentuk anak soleh. Bincanglah
sasaran sekolah dalam membentuk anak soleh ini. Tanya bagaimana harapan sekolah
bila anak muridnya tamat sekolah nanti. Ini akan memberi gambaran pada anda
hasil pencapaian yang ingin di bentuk oleh sekolah selama enam tahun anak anda
berada di sekolah rendah ini. Ia akan membveri gambaran pada anda hasil yang
akan di dapatioleh anal anda setelah tamat persekolahan nanti.
No comments:
Post a Comment