Saturday, March 21, 2009

Alhamdulillah kita sampai ke penghujung cuti selama seminggu ini. Isnin ini sekolah akan bermula. Saya doakan cuti ini telah dimanfaatkan sepenuhnya oleh murid serta guru Al Amin.
Kali ni saya nak cerita sikit pasal sikap. Kalau dalam posting lepas saya telah ceritakan pasal bekas pelajar saya yang sedang buat PhD di UIA, kali ini nak cerita juga pasal bekas pelajar di Politeknik Kuching pula. Pelajar ni berasal dari Semanjung, tahun pertama kursus sijil kejuruteraan jentera. Selepas keputusan peperiksaan akhir tahun 1 keluar, dia datang jumpa saya. dan menyatakan kekecewaannya kerana telah gagal , dan kena buat peperiksaan ulangan pada penghujung cuti nanti. Dia menyatakan bahawa dia berdegil kerana telah dinasihatkan oleh kawannya bahawa kursus kejuruteraan ini susah. Saya pun tanyalah kenapa kawannya kata susah. Katanya kawannya dari Politeknik Ipoh dan telah gagal juga, Puas saya menenangkan dan cuba menyakinkannya untuk terus mencuba kerana ramai juga yang gagal pada awalnya telah berjaya. Malah saya katakan ada yang gagal lebih teruk pun akhirnya berjaya. Namun nasihat saya tidak di 'makan'nya kerana beliau tidak datang semasa peperiksaan ulangan. Saya agak kecewa dengan sikapnya yang percaya pada kawannya. Kenapa dia tidak cari beratus lagi pelajar Politeknik Ipoh yang berjaya. Malah kawan sekelasnya yang gagal lebih teruk darinya datang dan lulus peperiksaan ulangan itu dan akhirnya sambung lagi belajar sehingga mendapat Sijil Kejuruteraan Jentera.
Jadi bila kita menghadapapi musibah/masalah jangan dengar nasihat negatif dari seorang saje. Banyak bertanya dan minta pendapat supaya kita mempunyai cukup maklumat untuk membuat tindakan seterusnya.
Kalau kita rasa sesuatu matapelajaran tu susah, ingatlah mungkin ramai orang lain juga rasa susah dan ramai pula yang rasa susah itu akhirnya mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan mereka. Jadi - berusaha , berdoa dan bertawakal. InsyaAllah mampu cemerlang.

Monday, March 16, 2009

Minggu cuti sudah bermula. Alhamdulillah bolehlah relak sikit. Keputusan SPM telah keluar. Tahniah kepada murid, guru, kelab kelas, PIBG dan ibu bapa atas kecemerlangan yang di capai. SPM 2008 tahun ini mencatat peningkatan dari tahun-tahun sebelumnya. Sekarang murid mestilah membuat pilihan terbaik untuk menyambung pelajaran. Dua perkara penting - kursus apa dan di mana. Telitilah keputusan yang didapati, bincang dengan ibubapa, saudara mara serta kawan dan buat keputusan terbaik. Cita-cita boleh tercapai dengan berbagai laluan - ijazah terus, atau diploma lepas tu ijazah atau kalau masih tak confident boleh ambil sijil dulu, lepas tu diploma dan ijazah pula.
Saya pernah terjumpa bekas pelajar saya di Politeknik (POLISAS) di pasar malam depan sekolah. Dia memaklumkan pada saya yang dia sedang buat PhD Engineering di UIA. Sambil senyum saya katakan "Wah hebat betul, lecturer awak dulu (saya lah tu) Master Engineering pun tak ada, murid dia sedang buat PhD"
Saya doakan semoga semua akan memperolehi yang terbaik.
Uji cekap pun dah tamat. Us Shahrul kata ada budak yang agak manja sikit.
Selamat bercuti kepada semua murid, terutamanya murid Al Amin (ketiga-tiga Al Aminlah tu). Gunakan masa cuti dengan baik. Tentu boleh tahajjud panjang sikit sebab kalu mengantuk pagi, bolehlah sambung tidur sikit lagi.