Thursday, January 22, 2009

Kedudkan murid terkini

Hari ini ada dua kumpulan yang melawat sekolah, dari Universiti Islam Yala, Thailand dan juga seorang usahawan pendidikan dari Dubai bersama kawannya. InsyaAllah daripada lawatan seperti ini akan merapatkan lagi hubungan serta dapat berbincang dan bertukar pendapat dala usaha melahirkan misi kita.
Murid disekolah pula telah memulakan latihan sukan dan InsyaAllah tahun ini kita akan menyertai MSSD dalam bolasepak, bola jaring, bola keranjang, ping pong, golf dan catur. Semoga murid Al Amin akan menyertai pertandingan dengan penuh semangat serta meningkatkan prestasi tahun lepas dan menunjukkan semangat kesukanan dan akhlak Islamiah dalam pertandingan yang akan di adakan sama ada di peringkat sekolah atau peringkat MSSD.
Kelab kelas tingkatan 1, 3 dan 5 telah dirasmikan. Malah murid tingkatan 3 telah ada program Sabtu lepas.
Kedudukan murid terkini:
Tingkatan 1 - 135
Tingkatan 2 - 125
Tingkatan 3 - 139
Tingkatan 4 - 112
Tingkatan 5 - 106
Kini buat pertama kalinya murid Al Amin telah melebihi 600 orang. Ini akan terus menambahkan cabaran pada pihak sekolah dalam usaha membentuk pelajar soleh wa musleh. Sama-samalah kita doakan semoga Allah akan terus memberi keberkatan serta memudahkan kita dalam melaksanakan tanggungjawab di Al Amin.

Monday, January 12, 2009

Hari ini 12 Januari 2009, hari permulaan Tingkatan 4. Sebanyak 3 kelas tingkatan 4 dengan 37 orang setiap kelas . Pecahan pakej adalah 62 orang pakej 1 (agak ramai), 13 orang pakej 2, 25 orang pakej 3 dan 8 orang pakej 4 dan 3 orang lagi belum dapat putuskan pakej yang akan di ambil. Pagi tadi dalam taklimat tingkatan 4, pelajar diingatkan untuk menumpukan pada pelajaran kerana ianya amat mencabar dan pelajar tidak tenggelam dalam aktiviti- aktiviti berterusan tingkatan 4. Pelajar seharusnya pandai mengurus masa supaya tidak tertekan. Telah ada kes pelajar tak tidur menyiapkan kerja rumah yang telah di beri minggu lepas, tapi tak buat-buat sampai minit terakhir dan takut guru marah pagi esok.
Nampaknya mereka ni bersemangat sekali dengan wafdul amin kerana telah ada kertas kerja wafdul amin pada hari pertama persekolahan.
Sama-samalah kita doakan semoga generasi ini akan melalui tingkatn 4 dengan penuh iltizam dan dapat berperanan sebagai pelajar soleh wa musleh.

Monday, January 5, 2009

Alhamdulillah hari ni hari pertama sekolah untuk sesi 2009. Dalam perhimpunan pertama sesi ini, saya telah mengingat pelajar tentang misi serta visi Al Amin. Saya juga menjelaskan bahawa ternyatanya visis untuk Menjadi Institusi Pendidikan Islam Bersepadu Terpilih adalah kerana prestasi pelajarnya. Ibubapa menilai produknya ia itu pelajar SMIAA sehingga kini kebanyakan ibubapa yang ada anak di sekolah ini akan terus memasukkana anak yang lain ke sini. Tahiah kepada semua pelajar Al Amin dari dulu hingga sekarang. Saya juga mengingatkan pelajar bahawa semua program yang dilakukan adalah untuk memenuhi Misi melahirkan pelajar soleh wa musleh. Empat aspek penting yang ditekankan :
1. Akademik - sasaran untuk PMR dan SPM yang akan di usahakan di semua tingkatan berkaitan.
2. AlQuran - penekanan akan diteruskan. sesiapa yang tidak melepasi kelayakan akan melalui kelas tambahan/ pemulihan untuk memastikan tahap tercapai.
3. Syaksiah melalui program tarbiyyah dan pelaksanaa peraturan sekolah. Pertambahan bilangan pelajar akan menjadai satu cabaran untuk unit Tarbiyyah dan hal ehwal murid dalam menangani isu disiplin. Semoga surau baru yang indah itu dapay membantu dalam melaksanakan banyak program tarbiyyah dan HEM.
4. Jatidiri melalui perkhemahan- perkhemahan, wafdul amin serta tamrin dan mukhayyam yang dilaksanakan sepenjang tahun.
Saya juga memperkenalkan 6 orang guru baru serta mengumumkan ahli JPS sesi 2009.

Friday, January 2, 2009

Suaikenal murid Tingkatan 1 2009

Alhamdulillah, pagi tadi saya telah memberi ucapan ringkas dalam program suaikenal Tingkatan 1, 2009. Nampaknya semua begitu ceria untuk memulakan sesi persekolahan. Sama-samalah kita doakan generasi ke 19 ini akan melalui persekolahan mereka dengan penuh bersemangat dan akan sentiasa berusaha untuk mencapai status pelajar soleh wa musleh.
Generasi 19! Oh dah lama ye, kerana saya adalah diantara orang yang membantu membuat kertas kerja penubuhan sekolah lebih dari 25 tahun lalu.
Dan tahun ni ada seorang lagi anak saudara saya masuk tingkatan 1. Mungkin nanti boleh buat persatuan anak saudara Pengetua.