Tuesday, December 30, 2008

Hari Keputusan PMR

Alhamdulillah, hari ni 30 Disember 2008, keputusan PMR diumumkan. Ibubapa dan pelajar telah mula berada disekolah sejak jam 10 pg walaupun dimaklumkan bahawa keputusan boleh didapati jam 11.00 pg. Walaubagaimana pun, jam 11.00 masih belum siap susunan , jam 11.40pg baru boleh diserahkan kepada ibubapa. Kena pohon maaf kerana proses menyusun ambil masa sikit. Berbagai ragam murid tadi, ada yang tersenyum lebar, ada yang senyum tak jadi, ada yang bersedih je. Kita kena lah bersyukur dengan keputusan yang didapati dan jadikannya sebagai inspirasi untuk meneruskan perjuangan di tingkatan 4 nanti. Kena ingat, semasa tingkatan 4 nanti, padang dah lain, peraturan dah bertukar dan murid kena pandai menyesuaikan diri, kalau tak mungkin rebah atau tumbang sebelum perlawanan habis. Kalau tak percaya tanyalah abang dan kakak di tingkatan 4 sekarang.
Tahniah diucapkan kepada guru, ibubapa, terutamanya Pengerusi dan Ajk-Ajk kelab kelas tingkatan 3 atas segala usaha yang telah dicurahkan.

Oh ya! Tahniah kepada anak saudara saya kerana telah mendapat 8A. Beliau tak dapat A dalam Bahasa Arab. Keputusan Bahasa Arabnya sama seperti kakak sepupunya (batch ke4) 12 tahun yang lepas.

Monday, December 29, 2008

Salam Pengenalan

Alhamdulillah blog ini telah di mulakan hari ini 1 Muharram 1430. InsyaAllah blog ini akan digunakan untuk perbincangan sekitar isu pendidikan dan pembentukan pelajar.
Terima kasih diucapkan kepada Solehah Badrol atas bantuan menyiapkan blog ini kerana kebetulan hari ni saya sibuk dengan urusan lain. Maklumlah esok keputusan PMR akan diumumkan dan anak saudara saya sedang tension takut tak dapat 9A. Saya confident dia boleh dapat 9A.