Friday, December 5, 2014

Masuk Tingkatan 1

Sekolah sekarang sibuk menerima borang permohonan kemasukan baru, terutamanya ke tingkatan 1. Dalam sistem sekolah ini, pemohon dikehendaki mengambil ujian kemasukan dahulu. Murid yang lulus ujian diberi borang permohonan. Sesiapa yang baru nak mohon kemasukan sekarang akan masuk senarai menunggu kerana bilangan murid yang diberi borang kemasukan telah melebihi kekosongan yang ada.

Pada ibubapa yang ingin memasuki anak ke sekolah swasta Islam, adalah diingatkan supaya menanya pihak sekolah tentang proses kemasukan sebelum pertengahan tahun lagi. Ini membolehkan ibubapa untuk merencanakan sambungan persekolahan anak selepas tamat darjah 6. Ibubapa seharusnya mendapat gambaran awal tentang apa yang akan diuji semasa ujian kemasukan supaya dapat menyiapkan anak untuk proses kemasukan.

Sekolah biasanya menutup permohonan agak awal. Perlu diingat di kebanyakan sekolah swasta Islam, tempat adalah terhad. Mereka terpaksa mengadakan ujian dan proses pemilihan kerana biasanya calon jauh lebih ramai dari tempat yang ada. Rasanya sekolah agama kerajaan lagilah ramai pemohon.

Ibubapa juga diingatkan untuk membuat penilaian dahulu sekolah yang ingin dihantar anaknya. Pergi sendiri ke sekolah dulu. Lihat persekitarannya, jumpa pentadbir dan gurunya, muridnya dan juga kaji sejarahnya.

Ibubapa  juga hendaklah berbincang dan mendapat persetujuan anak untuk ke sekolah yang dipilih. Perlu diingatkan di sekolah Islam biasanya ada matapelajaran tambahan dan waktu persekolahan biasanya lebih dari sekolah kebangsaan. Anak mesti berminat, kalau tidak ianya akan menyusahkan proses pembelajaran anak anda.

Tuesday, June 10, 2014

Lesen Baru

Pagi tadi saya dan seorang sahaat telah ke JPJ untuk membaharui lesen yang akan mati esok. Nombor giliran yang di beri adalah 1069 dan nombor yang di panggil adalah 1017. Wow ada 52 orang lagi. Mesti akan ambil masa yang agak lama. Sahabat saya pun maklumkan bahawa boleh perbaharui di pejabat pos. Saya pun terus ajak ke pejabat pos yang memang dalam perjalanan. Sampai di pejabat pos dapat nombor 2016 dan nombor sekarang 2015. Tak sempat duduk, nombor saya di panggil dan permohonan diproseskan. Saya tersenyum pada sahabat dan menyatakan kalau di JPJ , mungkin masih menunggu.


Pengajaran - semak dulu semua kemungkinan sebelum membuat sesuatu  tindakan. Mungkin banyak masa yang boleh diselamatkan.