3. Sasaran
setiap subjek
Sasaran sekolah adalah purata
sasaran setiap subjek. Oleh kerana itu amatlah penting panitia subjek
membincangkan dan mensasarkan pencapaian gred matapelajaran yang mampu
dicapai. Janganlah mebuat sasaran yang rendah
yang pasti boleh dicapai dan janganlah sasarkan sesuatu yang tak mungkin boleh
dicapai. Namun sepatutnya ada usaha oleh guru guru untuk berusaha kearah mencapai
matlamt yang ditetapkan. Analisa pencapaian sebelum ini hendaklah di teliti dan
dikaji sebelum membuat sasaran untuk tahun berkenaan.
Selepas sasaran sekolah telah
dipersetujui, maka setia guru subjek mestilah mebuat beberapa perancangan. Diantaranya:
1.
Bila nak habiskan silibus, Lebih baik jika
sekolah telah menetapkan tarikh tersebut
2.
Bila nak buat ulangkaji
3.
Bagaimana system ulangkaji yang hendak
dilaksanakan
4.
Apakah ada keperluan untuk membuat kelas
tambahan, terutamanya jika dirasakan masa tidak mencukupi.
Guru mestilah memastikan setiap
pelajarnya telah bersedia menjelang peperiksaan
nanti.
No comments:
Post a Comment