Thursday, September 1, 2016



3.         Sasaran setiap subjek
Sasaran sekolah adalah purata sasaran setiap subjek. Oleh kerana itu amatlah penting panitia subjek membincangkan dan mensasarkan pencapaian gred matapelajaran yang mampu dicapai.  Janganlah mebuat sasaran yang rendah yang pasti boleh dicapai dan janganlah sasarkan sesuatu yang tak mungkin boleh dicapai. Namun sepatutnya ada usaha oleh guru guru untuk berusaha kearah mencapai matlamt yang ditetapkan. Analisa pencapaian sebelum ini hendaklah di teliti dan dikaji sebelum membuat sasaran untuk tahun berkenaan.
Selepas sasaran sekolah telah dipersetujui, maka setia guru subjek mestilah mebuat beberapa perancangan. Diantaranya:
1.       Bila nak habiskan silibus, Lebih baik jika sekolah telah menetapkan tarikh tersebut
2.       Bila nak buat ulangkaji
3.       Bagaimana system ulangkaji yang hendak dilaksanakan
4.       Apakah ada keperluan untuk membuat kelas tambahan, terutamanya jika dirasakan masa tidak mencukupi.

Guru mestilah memastikan setiap pelajarnya telah  bersedia menjelang peperiksaan nanti.


Wednesday, July 27, 2016

MENUJU SEKOLAH CEMERLANG

Semua pengurus sekolah berkehendakkan sekolah mereka cemerlang, Persoalannya apa yang kena buat untuk dapat cemerlang .
Mari kita cuba bincangkan isu kecmerlangan ini dan nilai sekolah sendiri samaada kita dalam perjalanan menuju kecemerlangan atau sebaliknya.

1.    SASARAN
Sekolah semestinya ada sasaran yang hendak dituju. Awal tahun guru dan pentadbiran sekolah mesti bersetuju dengan sasaran yang hendak dicapai dan masing masing komited untuk berusaha mencapai sasarfan tersebut.
Saya tekankan guru dan pengurusan sekolah mesti bersetuju, kerana sasaran itu bukan hanya pengetua yang mensasarkan dan memerintah guru gurunya untuk melaksanakna beban tugasan yang mungkin berat.
Di sekolah sekolah Islam, sasaran merangkumi aspek  akademik, akhlaq pelajar, alquran dan mungkin juga Bahasa Arab.

2.    SASARAN AKADEMIK
Sekolah seharusnya melihat lima tahun kebelakangan atau lebin lagi serfta membuat analisa pencapaian yang telah didapati. Lihat prestasi semua matapelajaran. Lihat kekuatan dan cuna analisakan kenapa keputusan baik. Lihat juga kelmahan dan cari kenapa keputusa yang lemah.

Selepas itu, semua ketua panatia berbincang denga guru gurunya dan membuat sasaran pencapian untuk matapelajaran mereka. Apabila di puritan semua matapelajaran, akan dapatlah sasaran sekolah. Persoalannya, apakah sekolah boleh menerima sasaran tersebut atau bincang lagi jika hendak lebih baik. Ini mungkin  bermakna ada beberapa panitia kena tingkatkan lagi atau mungkin semua matapelajaran perlu tingkatkan sasaaran untuk mendapat sasaran sekolah yang dikehendakki. Sekolah mesti melihat pencapaian sebelumnya untuk menyesuaikan sasaran yang dicadangkan. Sekolah mestilah jangan andaikan semua matapelajaran adalah sama. Ada matapelajaran yang agak susah dan pencapaian sebelumnya membuktikan. Ada pula pelajara yang mungkin telah mencapai prestasi yang amat baik dsn mungkin boleh di ulangi lagi.