Friday, March 2, 2012

Keutamaan matlamat sekolah

Sekolah Al Amin telah meletakkan melahirkan pelajar soleh wa musleh sebagai misinya. Misi ini seharusnya difahami oleh semua warga Al Amin, dari kakitangan dan juga pelajarnya. Mereka bukan sahaja memahami, tetapi hendaklah menjadikan pernyataan misi ini sebagai sebahagian daripada misi mereka juga, barulah semuanya berjalan dalam suasana yang damai.

Persetujuan pernyataan misi ini menjadi syarat utama penerimaan seseorang itu untuk menjadi sebahagian daripada warga Al Amin. Proses penapisan mestilah dilakukan dengan penuh penelitian supaya matlamat ini akan tercapai dengan jayanya. Guru akan melalui proses pemilihan yang ketat , begitu juga dengan pengambilan muridnya dan ibubapa juga mestilah melalu proses penapisan.

Perlu di ingat bahawa ibubapa memainkan peranan yang amat penting dalam membantu sekolah melahirkan insan soleh ini. Mereka seharusnya membantu melakukan penyeliaan terhadap anak, terutama akhlak anak semasa di rumah. Ibubapa seharusnya tahu kehendak sekolah supaya mudahlah untuk mereka membantu. Contoh yang boleh diteliti oleh ibubapa, seperti solat berjemaah, amalan tilawah Al Quran, hubungan dengan kaum keluarga dan perangai semasa di rumah. Jika bapa tidak solat berjemaah, macam mana nak tanamkan sifat solat berjemaah dalam diri anak apabila anak melihat bapanya sendiri tak kisah solat berjemaah. Begitu juga dalam bacaan Quran. Keluaraga dirumah mestilah mengamalkan tilawah al quran jika hendak melahirkan anak yang cinta quran.

Tingkah laku pelajar mestilah di selia dengan rapi dan proses pembentukan di laksanakan supaya selepas melalui pendidikan selama lima tahun di SMIAA, pelajar soleh wa musleh ini terhasil. Jika berlaku kecacatan dalam proses ini, sekolah seharusnya menilai sama ada pelajar ini mampu dipertingkatkan untuk mencapai keberhasilan atau jika memang pelajar itu sendiri tidak menunjukkan minat untuk membentuk dirinya menjadi insan soleh wa musleh, maka adalah lebih baik untuk pihak sekolah memberhentikan pelajar tersebut. Ibubapa akan dibawa berbincang untuk mereka menyelesaikan masalah anak mereka. Biasanya akan berlaku pertembungan kerana ibubapa akan sentiasa berkehendakkan anak mereka di Al Amin kerana yakin dengan sistem yang ada serta pencapaian yang lepas,

Namun sekolah mestilah mengambil kira setaiap kekangan yang ada dan menilai kemampuannya untuk merencanakan program melahirkan pelajar soleh ini. Harus di ingat misi sebegini memerlukan banyak komitmen dan pengorbanan guru. Jika ada pelajar yang memang tidak berminat membentuk dirinya, ianya akan merencatkan perjalan proses pembentukan pelajar lain. Jadi sekolah mestilah membuat keputusan yang mungkin tidak disukai oleh ibubapa, tetapi demi untuk mencapaikan hasil yang diingini sekolah mestilah melakukan tindakan yang sepatutnya supaya proses dan program melahirkan pelajar soleh ini akan berjalan lancer.

No comments:

Post a Comment