Guru mesti mahir berkomunikasi.
Kemahiran komunikasa merupakan syarat asas guru, kerana dia sentiasa berfikir cara terbaik untuk menyampaikan ilmu kepada muridnya. Pendapatnya, pemikirannya serta harapannya mestilah disampaikan dengan jelas kepada murid supaya murid dapat menerima segala yang diajarkan kepada mereka dengan berkesan. Kemahiran komunikasi sama pentingnya dengan kemahiran dan pengetahuan ilmu yang akan disampaikan kepada murid. Komunikasi berkesan menghasilkan kefahaman dan kejelasan pada murid.
Guru seharusnya tahu terdapat perbezaan antara muridnya. Hanya melalui kemahiran komunikasi lah beliau dapat menyampaikan pengajarannya dengan baik kepada berbagai tahap murid dalam kelasnya.
Diantara kemahiran yang perlu ada:
- Motivasi positif – kemahiran yang diperlukan untuk sentiasa menarik minat murid kepada subjek yang diajarnya serta menghilangkan rasa susah akan subjek itu dalam perasaan murid.
- Menggunakan bahasa badan yang sesuai untuk memberi perhatian pada murid supaya sentiasa berminat dalam pembelajarannya. Murid mesti sentiasa berminat pada pelajaran guru dengan melihat dan mendengar nya. Jangan murid pula hilang minat pada pelajaran bila melihat guru mengajar. Gunakan bahasa isyarat selain komunikasi verbal dan juga nada suara yang sesuai.
- Gurun mesti bertindaj serta merta untuk menghalangi gangguan kelasnya. Gunakan hubungan mata, lepas tu hampiri murid. Jika maasih tak berekesan dekati dan beri peringatan pada murid.
- Guru juga mesti mampu melahirkan suasana perbincangan dan pertukaran pendapat antara guru dan murid serta murid dan murid. Ini seharusnya berlaku tanpa menggangu keharmonian pembelajaran dalam kelas.
- Guru juga seharusnya meningkatkan kemahirannya menggunakan sebarang alat bantu mengajar terkini, terutamanya alatan computer dan elektronik yang ada. Guru seharusnya mencari banyak bahan yang boleh diperolehi dari khazanah internet dan murid kini berada dalam generasi internet.
- Guru juga mesti menggunakan kemahiranmya untuk memastikan kelas sentiasa ceria.
- Guru sentiasa memantau kelas dan bergerak keliling kelas untuk memastikan pembelajaran sedang berlaku.