Tuesday, October 5, 2010

Mohon Sumbangan Projek Surau Saujana Impian

SUMBANGAN ANDA DIPERLUKAN
BAGI MEMBIAYAI KOS PEMBINAAN
BANGUNAN BARU SEKOLAH AGAMA,
RUMAH IMAM DAN KEDAI MINI
SURAU SAUJANA IMPIAN KAJANG, SELANGOR

MUKADDIMAH
السلام عليكم
Alhamdulillah, hasrat ahli kariah Surau Saujana Impian untuk memiliki sebuah bangunan baru surau yang lebih selesa dan indah telah menjadi kenyataan sejak lebih 3tahun yang lalu.
Walaubagaimanapun, keperluan kepada sebuah bangunan baru Sekolah Agama serta Rumah Imam dan Kedai Mini amat diperlukan demi untuk merealisasikan hasrat menjadikan Kompleks Surau Saujana Impian ini lengkap dengan prasarana yang diperlukan untuk menjadikannya “one stop center” yang menawarkan segala keperluan ahli kariah setempat.
Demi untuk mencapai hasrat murni ini ianya amat memerlukan sumbangan anda, muslimin dan mulimat ahli kariah sekalian kerana buat masa ini Sekolah Agama Surau Saujana Impian menumpang di surau lama yang telah uzur dan memerlukan pembaik pulihan serta kurang sesuai untuk digunakan sebagai bangunan Sekolah.
Disamping sebuah sekolah pihak Surau Saujana Impian juga bercadang membina 2 (dua) unit Rumah Imam dan 4 (empat) unit Kedai Mini bagi memenuhi keperluan semasa ahli kariah Saujana Impian serta kawasan sekitarnya. Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, kos pembinaan bangunan baru Sekolah Agama Surau Saujana Impian ini adalah dijangkakan melebihi RM 300,000.00. Manakala kos 4 unit Kedai Mini serta 2 unit Rumah Imam adalah dijangkakan sekitar RM150,000. Sebahagian besar bahan binaan dari bangunan lama surau (kini Sekolah Agama Surau Saujana Impian) akan digunakan untuk mengurangkan kos pembinaan Sekolah,Rumah Imam serta Kedai Mini.
Setakat hari ini, pihak Jawatankuasa Surau Saujana Impian / Jawatankuasa Pembinaan Sekolah Agama, Rumah Imam dan Kedai Mini hanya berjaya mengumpul sumbangan dalam bentuk wang tunai lebihkurang RM 90,000.00 sahaja.
Oleh itu pihak Jawatankuasa Pembinaan Sekolah Agama, Rumah Imam dan Kedai Mini serta Jawatankuasa Surau Saujana Impian merayu kepada semua muslimin dan muslimat sekalian untuk turut serta menghulurkan sumbangan samada dalam bentuk wang ringgit mahupun sumbangan bahan binaan demi untuk merealisasikan pembinaan Sekolah Agama Surau Saujana Impian serta Rumah Imam dan Kedai Mini.
KAEDAH SUMBANGAN
 Sumbangan Wang Tunai atau Cek Secara Terus Ke Tabung Wang Pembinaan Bangunan Sekolah Agama,Rumah Imam dan Kedai Mini Surau Saujana Impian.
 Sumbangan Bahan Binaan atau Menaja Bahan-bahan Binaan seperti:-
a. Bahan Binaan – Batu-bata, simen, pasir, konkrit, besi dsb.
b. Kemasan Bangunan - Kemasan Bumbung, Jubin Lantai, dsb.
c. Peralatan Sekolah - Meja dan Kerusi serta lain-lain kelengkapan.
CARA MENYAMPAIKAN SUMBANGAN
 Hubungi terus mana-mana Ahli Jawatankuasa Surau Saujana Impian
 Masukkan sumbangan wang atau cek ke akaun berikut:
No akaun : 12-092-01-000474-4
BANK ISLAM (M) BERHAD
atas nama Surau Saujana Impian
 Kirimkan sumbangan berbentuk Cek atau Bank Draft ke alamat berikut:
Tn Hj Mohamed Ibrahim Haji Hussain
(Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Bangunan Baru Sekolah Agama,Rumah Imam dan Kedai Mini Surau Saujana Impian)
41, Jalan Pinggiran Saujana 2,
Taman Pinggiran Saujana,
43000 Kajang, Selangor.
KETERANGAN LANJUT
Sila hubungi nama-nama berikut
1) Hj Ibrahim Hussain
Pengerusi SSI
013-3365715
2) Hj.Zabidi Tasir
Setiausaha SSI
013-3808091
3) Hj. Zamzuri Said
Bendahari SSI
019-2622148
4) Ust.Imran Habil
Ketua Imam SSI
019-2754995
5) Hj.Kamali Adimin
AJK SSI
019-3810861
6) Hj.Abd Manaf
AJK SSI
012-3339375
7) En.Mohd.Yusof
AJK SSI
0123195319
8) Ust.Faisal
Pengurus SSI
013-2085715
9) Hj.Zainurin
Ketua Jururunding Projek Sekolah Agama, Rumah Imam dan Kedai Mini Surau Saujana Impian
019-6521774

No comments:

Post a Comment