Tadi di sekolah seorang murid sekolah rendah semasa rehat di kerumuni kawannya. Beliau membawa bekal, mee goreng untuk di makan semasa rehat. Namun lebih kurang 7 orang kawannya turut mengambil sedikit seorang, sebenarnya ada yang ambil agak banyak sehingga tinggal sedikit sahaja untuk murid itu makan. Kesian murid tu kerana mungkin dia tidak membawa duit untuk berbelanja di kantin. Murid sepatutnya di ajar adab berkawan dan menghormati barangan kawan dan tidak menggunakan peluang sehingga kawan teraniaya. Pengajaran ini sepatutnya di lakukan oleh ibu bapa, bukan hanya guru di sekolah. Ibubapa mesti sentiasa memastikan anak sentiasa beradab dalam semua suasana dan tempat.
Tengah hari tadi saya juga menegur seorang murid tingkatan dua kerana berlaku kasar dan biadab dengan guru.
Kepada semua murid tingkatan tiga saya doakan semoga cemerlang dalam PMR yang akan diduduki esok. Semoga Allah memudahkan peperiksaan, memberi kesihatan yang baik dan ketenangan dalam menghadapi peperiksaan.
No comments:
Post a Comment