Keputusan percubaan dibandingkan dengan tahun-tahun lepas
Friday, October 16, 2009
Percubaan SPM
Alhamdulillah hari ini, slip keputusan Percubaan SPM diserahkan pada ibubapa pada jam 2.45ptg - 4.00 ptg. Taklimat analisis pencapaian di sampaikan kepada ibubapa. InsyaAllah sekolah akan terus berusaha dan berdoa semoga sasaran pencapaian akan dapat dicapai.
Wednesday, October 14, 2009
Sekolah buka semula
salam
Hari ini kembali bersekolah setelah bercuti semasa peperiksaan PMR. PMR telah habis semalam. Sama-samalah kita doakan semoga murid Al Amin akan mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan tersebut. Mereka akan menduduki PMRI pula minggu depan.
Semalam juga saya mengendalikan taklimat skim perkhidmatan pusat pendidikan al amin untuk guru-guru baru. Alhamdulillah, ianya berjalan dengan lancar dan harapan saya semoga guru-guru faham skim perkhidmatan mereka supaya perjalanan perkhidmatan mereka berjalan dengan baik serta memahami dan tahu mengendalikan diri serta sanggup menghadapi cabaran dalam ruang lingkup perkhidmatan mereka.

Friday, October 9, 2009
PMR
Tuesday, October 6, 2009
Adab murid
Tadi di sekolah seorang murid sekolah rendah semasa rehat di kerumuni kawannya. Beliau membawa bekal, mee goreng untuk di makan semasa rehat. Namun lebih kurang 7 orang kawannya turut mengambil sedikit seorang, sebenarnya ada yang ambil agak banyak sehingga tinggal sedikit sahaja untuk murid itu makan. Kesian murid tu kerana mungkin dia tidak membawa duit untuk berbelanja di kantin. Murid sepatutnya di ajar adab berkawan dan menghormati barangan kawan dan tidak menggunakan peluang sehingga kawan teraniaya. Pengajaran ini sepatutnya di lakukan oleh ibu bapa, bukan hanya guru di sekolah. Ibubapa mesti sentiasa memastikan anak sentiasa beradab dalam semua suasana dan tempat.
Tengah hari tadi saya juga menegur seorang murid tingkatan dua kerana berlaku kasar dan biadab dengan guru.
Kepada semua murid tingkatan tiga saya doakan semoga cemerlang dalam PMR yang akan diduduki esok. Semoga Allah memudahkan peperiksaan, memberi kesihatan yang baik dan ketenangan dalam menghadapi peperiksaan.

Subscribe to:
Posts (Atom)