Tuesday, July 14, 2009

Debat Antarabangsa MUSLEH 2009

Tahniah kepada semua pendebat SMIAAG!

SMIAAG ungguli Debat MUSLEH 2009
 Juara Debat Bahasa Melayu, SMIAAG bergambar bersama Datuk Zamani dan Pengerusi MUSLEH, Ust Megat Mohamed Amin

(Juara Debat Bahasa Melayu, SMIAAG bergambar bersama Datuk Zamani dan Pengerusi MUSLEH, Ust Megat Mohamed Amin)

Kuala Lumpur, 12 Julai – Sekolah Menengah Islam Al-Amin Gombak (SMIAAG) muncul juara Kejohanan Debat Antarabangsa Pelajar MUSLEH 2009 kategori Bahasa Melayu setelah menewaskan Sekolah Menengah Islam Hidayah Johor Bahru (SMIH JB) pada perlawanan akhir yang diadakan di Hotel Putra di sini hari ini.

Dengan usul yang dibahaskan bertajuk “Pemansuhan PPSMI Adalah Wajar”, para pendebat SMIAAG yang bertindak sebagai kerajaan yang terdiri daripada Khalilah Alhuda Kamilen, Nurazlina Azizi, Nur Diyana Nas Tamimi dan Nabil Afham M Fuad telah berjaya menarik perhatian juri, seterusnya membawa pulang Piala Pusingan Kejohanan, trofi serta wang kemenangan berjumlah RM500.00.

Tambah manis bagi SMIAAG apabila pendebatnya Khalilah Alhuda telah dipilih sebagai pendebat terbaik dalam perlawanan akhir tersebut.

Dalam kategori Bahasa Inggeris, SMIAAG sekadar menjadi naib juara setelah tumpas kepada SRI Ayesha Islamic School pada perlawanan akhir dengan usul “Indonesia Should Not Stop Sending Their Maid to Malaysia”.

Selaku naib juara, SMIAAG yang terdiri daripada Tengku Amirah Tengku Johari, Affan Torla, Adibah Bahiah Awang dan Ali Uthman meraih wang kemenangan berjumlah RM300.00 serta trofi.

Namun, kehampaan SMIAAG sedikit terubat apabila pendebatnya Adibah Bahiah diumumkan sebagai pendebat terbaik perlawanan akhir.


No comments:

Post a Comment