Esok 18 Mei 2009, murid tingkatan 4 dan 5 akan memulakan peperiksaan semester 1 selama 2 minggu. Tingktan 1,2 dan 3 lewat sikit kerana matapelajaran kurang sikit. Kepada semua murid saya yang di kasihi selamat menjalani peperiksaan, cemerlang InsyaAllah.
Kepada semua guru-guru Selamat Hari Guru terutamanya yang berada di SMIAA. Tanpa guru tak taulah apa akan jadi pada manusia. Misi untuk melahirkan pelajar soleh wa musleh hanyalah angan-angan jika tiada komitmen guru yang berjuang untuk misi tu. Alhamdulillah di SMIAA, semua anggota komited untuk menjayakan misi ini.
Sunday, May 17, 2009
Friday, May 1, 2009
Sekolah memulakan bulan Mei 2009 selepas bercuti sehari pada Jumaat 1 Mei 2009. Saya harap murid-murid saya telah menggunakan masa cuti dengan sebaik mungkin, terutamanya mereka di tingkatan 3 dan tingkatan 5. Dengarnya banyak studi group diadakan. Itu satu usaha yang baik. Kena berdisiplin, jangan banyak bincang benda lain, tumpu pada matapelajaran yg di bincangkan dan ada tolong menolong, bantu membantu antara ahli. InsyaAllah akan dapat keberkatan jika ada keikhlasan.
Sekolah pun sekarang ni rasanya banyak kes hubungan banin/banat yang agak terlebih. Sudah ada kes keluar banin/banat, baru dapat laporan ada yang pergi tengok wayang bersama. Katanya banyak berlaku kes murid tingkatan 3. Tingkatan lain ada juga tapi tak menonjol sangat. Ada ibubapa menyatakan sms anak yg dibaca berkaitan isu ni agak geli, eeee
Agaknya apakah hukuman terbaik untuk kes-kes ini supaya selepas di hukum perkara ni tak berlaku lagi atau isu ini boleh di hapuskan di SMIAA.
Program besar , TESPER dan Takrim telah berlalu. Guru sedang menyiapkan peperiksaan semester 1. Saya doakan murid -murid telah bersedia untuk menghadapi peperiksaan yang akan di mulakan pada 18 Mei ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)