Friday, May 1, 2009




Sekolah memulakan bulan Mei 2009 selepas bercuti sehari pada Jumaat 1 Mei 2009. Saya harap murid-murid saya telah menggunakan masa cuti dengan sebaik mungkin, terutamanya mereka di tingkatan 3 dan tingkatan 5. Dengarnya banyak studi group diadakan. Itu satu usaha yang baik. Kena berdisiplin, jangan banyak bincang benda lain, tumpu pada matapelajaran yg di bincangkan dan ada tolong menolong, bantu membantu antara ahli. InsyaAllah akan dapat keberkatan jika ada keikhlasan.
Sekolah pun sekarang ni rasanya banyak kes hubungan banin/banat yang agak terlebih. Sudah ada kes keluar banin/banat, baru dapat laporan ada yang pergi tengok wayang bersama. Katanya banyak berlaku kes murid tingkatan 3. Tingkatan lain ada juga tapi tak menonjol sangat. Ada ibubapa menyatakan sms anak yg dibaca berkaitan isu ni agak geli, eeee
Agaknya apakah hukuman terbaik untuk kes-kes ini supaya selepas di hukum perkara ni tak berlaku lagi atau isu ini boleh di hapuskan di SMIAA.
Program besar , TESPER dan Takrim telah berlalu. Guru sedang menyiapkan peperiksaan semester 1. Saya doakan murid -murid telah bersedia untuk menghadapi peperiksaan yang akan di mulakan pada 18 Mei ini.

Berucap semasa hari Takrim

No comments:

Post a Comment