Monday, March 16, 2009

Minggu cuti sudah bermula. Alhamdulillah bolehlah relak sikit. Keputusan SPM telah keluar. Tahniah kepada murid, guru, kelab kelas, PIBG dan ibu bapa atas kecemerlangan yang di capai. SPM 2008 tahun ini mencatat peningkatan dari tahun-tahun sebelumnya. Sekarang murid mestilah membuat pilihan terbaik untuk menyambung pelajaran. Dua perkara penting - kursus apa dan di mana. Telitilah keputusan yang didapati, bincang dengan ibubapa, saudara mara serta kawan dan buat keputusan terbaik. Cita-cita boleh tercapai dengan berbagai laluan - ijazah terus, atau diploma lepas tu ijazah atau kalau masih tak confident boleh ambil sijil dulu, lepas tu diploma dan ijazah pula.
Saya pernah terjumpa bekas pelajar saya di Politeknik (POLISAS) di pasar malam depan sekolah. Dia memaklumkan pada saya yang dia sedang buat PhD Engineering di UIA. Sambil senyum saya katakan "Wah hebat betul, lecturer awak dulu (saya lah tu) Master Engineering pun tak ada, murid dia sedang buat PhD"
Saya doakan semoga semua akan memperolehi yang terbaik.
Uji cekap pun dah tamat. Us Shahrul kata ada budak yang agak manja sikit.
Selamat bercuti kepada semua murid, terutamanya murid Al Amin (ketiga-tiga Al Aminlah tu). Gunakan masa cuti dengan baik. Tentu boleh tahajjud panjang sikit sebab kalu mengantuk pagi, bolehlah sambung tidur sikit lagi.

2 comments:

  1. Syukran ustaz :D
    insya allah,ada gambar keputusan SPM 2008?

    ReplyDelete
  2. sila layari portal al-amin.edu.my. ada beberapa keping gambar yang diambil oleh Wan Am. Ada link dari blogspot ini.

    ReplyDelete