Alhamdulillah hari ni hari pertama sekolah untuk sesi 2009. Dalam perhimpunan pertama sesi ini, saya telah mengingat pelajar tentang misi serta visi Al Amin. Saya juga menjelaskan bahawa ternyatanya visis untuk Menjadi Institusi Pendidikan Islam Bersepadu Terpilih adalah kerana prestasi pelajarnya. Ibubapa menilai produknya ia itu pelajar SMIAA sehingga kini kebanyakan ibubapa yang ada anak di sekolah ini akan terus memasukkana anak yang lain ke sini. Tahiah kepada semua pelajar Al Amin dari dulu hingga sekarang. Saya juga mengingatkan pelajar bahawa semua program yang dilakukan adalah untuk memenuhi Misi melahirkan pelajar soleh wa musleh. Empat aspek penting yang ditekankan :
1. Akademik - sasaran untuk PMR dan SPM yang akan di usahakan di semua tingkatan berkaitan.
2. AlQuran - penekanan akan diteruskan. sesiapa yang tidak melepasi kelayakan akan melalui kelas tambahan/ pemulihan untuk memastikan tahap tercapai.
3. Syaksiah melalui program tarbiyyah dan pelaksanaa peraturan sekolah. Pertambahan bilangan pelajar akan menjadai satu cabaran untuk unit Tarbiyyah dan hal ehwal murid dalam menangani isu disiplin. Semoga surau baru yang indah itu dapay membantu dalam melaksanakan banyak program tarbiyyah dan HEM.
4. Jatidiri melalui perkhemahan- perkhemahan, wafdul amin serta tamrin dan mukhayyam yang dilaksanakan sepenjang tahun.
Saya juga memperkenalkan 6 orang guru baru serta mengumumkan ahli JPS sesi 2009.
saya sangat mengakui bahawa memang sangat mencabar untuk bagi team tarbiyah smiaa melaksanakan program tarbawi di sekolah ini..tetapi bagi kami itulah cabaran utk kami dan sungguh kami menyahut cabaran tersebut..
ReplyDeletehantarkan 10..20..30..malah 500org skali pun akan kami terus berjuang menyahut cabaran..
Anak-anak sedare...
ReplyDeletewah~ maju! tahniah utk smiaag dan mudirnya~
ReplyDeletesama sama lah berusaha dan berdoa semoga usaha pentarbiahan kita dapat meningkatkan komitmen pelajar dan melahirkan pelajar soleh wa musleh. Jangan lupa doa untuk sedara kita di Gaza.
ReplyDelete