SELEPAS TAHUN ENAM
Selepas tamat tahun
enam , ibubapa akan memilih jenis persekolahan untuk meneruskan persekolahan
anak di peringkat menengah. Ibubapa biasanya ada beberapa pilihan:
1)
Sekolah menengah kebangsaan (termasuk
asrama penuh)
2)
Sekolah menengah agama ( sama ada
kerajaan negeri atau pusat)
3)
Sekolah menengah islam swasta
4)
Sekolah tahfiz
Sebelum memilih
sekolah, ibubapa semestinya mempunyai gambaran rupabentuk anaknya ketika
berumur 18 tahun, selepas menduduki SPM. Pencapaian akademiknya, akhlaknya, kemahiran
Al Qurannya, ilmu Islamnya serta amalan nya. Gambaran yang ada ini akan
memudahkan ibubapa untuk membuat pilihan serta meletakkan peranan yang
bseharusnya dimainkan oleh ibubapa dalam usaha untuk mencapai matlamat itu.
Ibubapa seharusnya
berbincang dengan anak pilihan sekolah yang dicadangkan untuk anaknya dan si
anak mestilah bersetuju dan bersedia memberi komitmen untuk menggunakan peluang
yang ada dengan sebaik mungkin. Ini penting kerana meletakkan anak di tempat
yang tidak sesuai dengan kehendaknya akan menambahkan bebanan pada anak dan
mungkin akan menyebabkan hasrat yang diimpikan tidak tercapai. Lebih teruk lagi
mungkin prestasi anak akan menurun kerana bebanan tadi.
Jika keputusan UPSR
adalah cemerlang, mungkin sekolah asrama penuh dipohon dan didapati. InsyaAllah
murid yang melalui sistem asrama penuh biasanya tiada masalah dalam aspek
akademik. Namun ibubapa semestinya sentiasa memantau aspek akhlak, kemahiran al
Quran, ilmu agama anak mereka. Jika
didapati ada kelemahan dalam mana-mana aspek tersebut ibubapa nestilah berusaha
mencarai penyelesaian supaya anak terbimbing dengan baik. Mungkin ustaz –ustaz
disekolah anak boleh di hubungi dan berbincang untuk bantuan dalam sapek
kelemahan anak.
Jika memasuki sekolah
kebangsaan biasa, mungkin ibubapa kena lihat prestasi akademik sekolah tersebut
untuk beberapa tahun serta menilai langkah langkah yang perlu di ambil untuk
anak. Ibubapa mestilah meluangkan masa untuk menilai prestasi anak , baik dalam
akademik serta juga aspek keagamaan.
Ustaz disekolah mungkin boleh ditemui untuk m,embincang aspek keagamaan
anak. Mungkin anak kena menghadiri kelas Quran di luar waktu sekolah untuk
memastikan bacaan Quran anak baik.
Ada juga yang akan
memohon untuk memasuki sekolag menengah agama. Jika anak dapat memasuki sekolah
ini, InsyaAlah ilmu agama diperolehi dari sistem sekolah . Namun amalan anak
mesti juga dipantau untuk memastikan anak mempraktikkan ilmu yang didapati.
Namun pemantauan mesti juga dilakukan dari aspek akhlak serta kemahiran Al
quran anak. Usaha-usaha pemeringkatan mesti dilakukan jika ada kelemahan dalam
mana-mana aspek.
Ada ibubapa yang ingin
anak yang hafiz Quran dan satu alternatif yang ada adalah dengan memasuki
sekolah tahfiz yang memang sudah bamyak
terdapat kini. Namun satu perkara yang amat penting adalah ibubapa seharusnya
berbincang dengan anak dan memastikan bahawa si anak juga memang berhasrat
untuk menjadi seorang hafiz. Ini adalah kerana hafalan bukan senang dan jika
anak ada masalah, mungkin cita-cita melahirkan hafiz nmungkin tak
tercapai. Sekolah tahfiz yang ingin
dipilih mestilah dikaji dengan betul serta sejarah sekolah dalam melahirkan
hufaz juga diteliti. Apabila memilih
sekolah hafazan sepenuhnya ibubapa mestilah ingat bahawa anak nya akan
kekurangan dalam bidang akademik. Ini akan menyusahkan jika sekiranya ibubapa
atau anak bercadang untuk mengambil PMR selepas tiga tahun di sekolah tahfiz.
Bertambah buruk jika hafazannya masih ditahap rendah, akademiknya juga lemah
kerana memang tidak di beri tumpuan kerana sasaran sekolah adalah untuk
hafazan.
Jika ingin untuk
mengambil PMR pada hal akdemik lemah, akan menyusahkan serta memberi tekanan
pada anak dalam persiapan peperiksaannya. Kalaulah prestasi hafazannya juga
tidak memuaskan maka anak ini mungkin tidak kesampaian dalm kedua-dua aspek,
hafazan serta akademik. Namun jika anak memang berkemampuan, Alhamdulillah
ibubapa berjaya melahirkan seorang hafiz. Akademiknya boleh lah diusahakan .
Satu lagi pilihan
adalah sekolah-sekolah swasta Islam. Ibubapa mestilah berbincang dengan anak
dan mendapat persetujuan anak untuk mengikuti sekolah ini. Perkara ini penting
kerana di sekolah Islam biasanya matapelajaran yang dipelajari lebih sedikit
kerana mengambil kira matapelajaran ilmu keagamaan serta ilmu Al Quran. Ibubapa seharusnya menilai dahulu sekolah
yang akan di masuki serta menilai pencapaian sekolah tersebut kerana ibubapa
akan mengeluarkan kewangan yang agak tinggi dalam usaha pendidikan anak. Jika
diterima masuk, ibubapa masih bertanggungjawab menilai dan meneliti kemajuan
serta prestasi anak dalam bidang akademik dan keislaman. Ibubapa tidak
sepatutnya mengharapkan pihak sekolah akan dapat menyediakan anak yang
berprestasi tinggi tanpa penglibatan ibubapa. Jadi, jika bersetuju untuk
mengeluarkan duit membayar yuran anak, ibubapa seharusnya bersetuju juga untuk
membantau memantau anaknya untuk mencapai wawasan pelajaran anaknya.