Tuesday, May 9, 2017

SELEPAS TAHUN ENAM
Selepas tamat tahun enam , ibubapa akan memilih jenis persekolahan untuk meneruskan persekolahan anak di peringkat menengah. Ibubapa biasanya ada beberapa pilihan:
1)    Sekolah menengah kebangsaan (termasuk asrama penuh)
2)    Sekolah menengah agama ( sama ada kerajaan negeri atau pusat)
3)    Sekolah menengah islam swasta
4)    Sekolah tahfiz
Sebelum memilih sekolah, ibubapa semestinya mempunyai gambaran rupabentuk anaknya ketika berumur 18 tahun, selepas menduduki SPM. Pencapaian akademiknya, akhlaknya, kemahiran Al Qurannya, ilmu Islamnya serta amalan nya. Gambaran yang ada ini akan memudahkan ibubapa untuk membuat pilihan serta meletakkan peranan yang bseharusnya dimainkan oleh ibubapa dalam usaha untuk mencapai matlamat itu.
Ibubapa seharusnya berbincang dengan anak pilihan sekolah yang dicadangkan untuk anaknya dan si anak mestilah bersetuju dan bersedia memberi komitmen untuk menggunakan peluang yang ada dengan sebaik mungkin. Ini penting kerana meletakkan anak di tempat yang tidak sesuai dengan kehendaknya akan menambahkan bebanan pada anak dan mungkin akan menyebabkan hasrat yang diimpikan tidak tercapai. Lebih teruk lagi mungkin prestasi anak akan menurun kerana bebanan tadi.
Jika keputusan UPSR adalah cemerlang, mungkin sekolah asrama penuh dipohon dan didapati. InsyaAllah murid yang melalui sistem asrama penuh biasanya tiada masalah dalam aspek akademik. Namun ibubapa semestinya sentiasa memantau aspek akhlak, kemahiran al Quran, ilmu agama anak mereka.  Jika didapati ada kelemahan dalam mana-mana aspek tersebut ibubapa nestilah berusaha mencarai penyelesaian supaya anak terbimbing dengan baik. Mungkin ustaz –ustaz disekolah anak boleh di hubungi dan berbincang untuk bantuan dalam sapek kelemahan anak.
Jika memasuki sekolah kebangsaan biasa, mungkin ibubapa kena lihat prestasi akademik sekolah tersebut untuk beberapa tahun serta menilai langkah langkah yang perlu di ambil untuk anak. Ibubapa mestilah meluangkan masa untuk menilai prestasi anak , baik dalam akademik serta juga aspek keagamaan.  Ustaz disekolah mungkin boleh ditemui untuk m,embincang aspek keagamaan anak. Mungkin anak kena menghadiri kelas Quran di luar waktu sekolah untuk memastikan bacaan Quran anak baik.
Ada juga yang akan memohon untuk memasuki sekolag menengah agama. Jika anak dapat memasuki sekolah ini, InsyaAlah ilmu agama diperolehi dari sistem sekolah . Namun amalan anak mesti juga dipantau untuk memastikan anak mempraktikkan ilmu yang didapati. Namun pemantauan mesti juga dilakukan dari aspek akhlak serta kemahiran Al quran anak. Usaha-usaha pemeringkatan mesti dilakukan jika ada kelemahan dalam mana-mana aspek.
Ada ibubapa yang ingin anak yang hafiz Quran dan satu alternatif yang ada adalah dengan memasuki sekolah  tahfiz yang memang sudah bamyak terdapat kini. Namun satu perkara yang amat penting adalah ibubapa seharusnya berbincang dengan anak dan memastikan bahawa si anak juga memang berhasrat untuk menjadi seorang hafiz. Ini adalah kerana hafalan bukan senang dan jika anak ada masalah, mungkin cita-cita melahirkan hafiz nmungkin tak tercapai.  Sekolah tahfiz yang ingin dipilih mestilah dikaji dengan betul serta sejarah sekolah dalam melahirkan hufaz juga diteliti.  Apabila memilih sekolah hafazan sepenuhnya ibubapa mestilah ingat bahawa anak nya akan kekurangan dalam bidang akademik. Ini akan menyusahkan jika sekiranya ibubapa atau anak bercadang untuk mengambil PMR selepas tiga tahun di sekolah tahfiz. Bertambah buruk jika hafazannya masih ditahap rendah, akademiknya juga lemah kerana memang tidak di beri tumpuan kerana sasaran sekolah adalah untuk hafazan.
Jika ingin untuk mengambil PMR pada hal akdemik lemah, akan menyusahkan serta memberi tekanan pada anak dalam persiapan peperiksaannya. Kalaulah prestasi hafazannya juga tidak memuaskan maka anak ini mungkin tidak kesampaian dalm kedua-dua aspek, hafazan serta akademik. Namun jika anak memang berkemampuan, Alhamdulillah ibubapa berjaya melahirkan seorang hafiz. Akademiknya boleh lah diusahakan .

Satu lagi pilihan adalah sekolah-sekolah swasta Islam. Ibubapa mestilah berbincang dengan anak dan mendapat persetujuan anak untuk mengikuti sekolah ini. Perkara ini penting kerana di sekolah Islam biasanya matapelajaran yang dipelajari lebih sedikit kerana mengambil kira matapelajaran ilmu keagamaan serta ilmu Al Quran.  Ibubapa seharusnya menilai dahulu sekolah yang akan di masuki serta menilai pencapaian sekolah tersebut kerana ibubapa akan mengeluarkan kewangan yang agak tinggi dalam usaha pendidikan anak. Jika diterima masuk, ibubapa masih bertanggungjawab menilai dan meneliti kemajuan serta prestasi anak dalam bidang akademik dan keislaman. Ibubapa tidak sepatutnya mengharapkan pihak sekolah akan dapat menyediakan anak yang berprestasi tinggi tanpa penglibatan ibubapa. Jadi, jika bersetuju untuk mengeluarkan duit membayar yuran anak, ibubapa seharusnya bersetuju juga untuk membantau memantau anaknya untuk mencapai wawasan pelajaran anaknya.