Wednesday, July 27, 2016

MENUJU SEKOLAH CEMERLANG

Semua pengurus sekolah berkehendakkan sekolah mereka cemerlang, Persoalannya apa yang kena buat untuk dapat cemerlang .
Mari kita cuba bincangkan isu kecmerlangan ini dan nilai sekolah sendiri samaada kita dalam perjalanan menuju kecemerlangan atau sebaliknya.

1.    SASARAN
Sekolah semestinya ada sasaran yang hendak dituju. Awal tahun guru dan pentadbiran sekolah mesti bersetuju dengan sasaran yang hendak dicapai dan masing masing komited untuk berusaha mencapai sasarfan tersebut.
Saya tekankan guru dan pengurusan sekolah mesti bersetuju, kerana sasaran itu bukan hanya pengetua yang mensasarkan dan memerintah guru gurunya untuk melaksanakna beban tugasan yang mungkin berat.
Di sekolah sekolah Islam, sasaran merangkumi aspek  akademik, akhlaq pelajar, alquran dan mungkin juga Bahasa Arab.

2.    SASARAN AKADEMIK
Sekolah seharusnya melihat lima tahun kebelakangan atau lebin lagi serfta membuat analisa pencapaian yang telah didapati. Lihat prestasi semua matapelajaran. Lihat kekuatan dan cuna analisakan kenapa keputusan baik. Lihat juga kelmahan dan cari kenapa keputusa yang lemah.

Selepas itu, semua ketua panatia berbincang denga guru gurunya dan membuat sasaran pencapian untuk matapelajaran mereka. Apabila di puritan semua matapelajaran, akan dapatlah sasaran sekolah. Persoalannya, apakah sekolah boleh menerima sasaran tersebut atau bincang lagi jika hendak lebih baik. Ini mungkin  bermakna ada beberapa panitia kena tingkatkan lagi atau mungkin semua matapelajaran perlu tingkatkan sasaaran untuk mendapat sasaran sekolah yang dikehendakki. Sekolah mesti melihat pencapaian sebelumnya untuk menyesuaikan sasaran yang dicadangkan. Sekolah mestilah jangan andaikan semua matapelajaran adalah sama. Ada matapelajaran yang agak susah dan pencapaian sebelumnya membuktikan. Ada pula pelajara yang mungkin telah mencapai prestasi yang amat baik dsn mungkin boleh di ulangi lagi.