Pengajaran - semak dulu semua kemungkinan sebelum membuat sesuatu tindakan. Mungkin banyak masa yang boleh diselamatkan.
Tuesday, June 10, 2014
Lesen Baru
Pagi tadi saya dan seorang sahaat telah ke JPJ untuk membaharui lesen yang akan mati esok. Nombor giliran yang di beri adalah 1069 dan nombor yang di panggil adalah 1017. Wow ada 52 orang lagi. Mesti akan ambil masa yang agak lama. Sahabat saya pun maklumkan bahawa boleh perbaharui di pejabat pos. Saya pun terus ajak ke pejabat pos yang memang dalam perjalanan. Sampai di pejabat pos dapat nombor 2016 dan nombor sekarang 2015. Tak sempat duduk, nombor saya di panggil dan permohonan diproseskan. Saya tersenyum pada sahabat dan menyatakan kalau di JPJ , mungkin masih menunggu.
Pengajaran - semak dulu semua kemungkinan sebelum membuat sesuatu tindakan. Mungkin banyak masa yang boleh diselamatkan.
Pengajaran - semak dulu semua kemungkinan sebelum membuat sesuatu tindakan. Mungkin banyak masa yang boleh diselamatkan.
Subscribe to:
Posts (Atom)