Friday, March 2, 2012

Keutamaan matlamat sekolah

Sekolah Al Amin telah meletakkan melahirkan pelajar soleh wa musleh sebagai misinya. Misi ini seharusnya difahami oleh semua warga Al Amin, dari kakitangan dan juga pelajarnya. Mereka bukan sahaja memahami, tetapi hendaklah menjadikan pernyataan misi ini sebagai sebahagian daripada misi mereka juga, barulah semuanya berjalan dalam suasana yang damai.

Persetujuan pernyataan misi ini menjadi syarat utama penerimaan seseorang itu untuk menjadi sebahagian daripada warga Al Amin. Proses penapisan mestilah dilakukan dengan penuh penelitian supaya matlamat ini akan tercapai dengan jayanya. Guru akan melalui proses pemilihan yang ketat , begitu juga dengan pengambilan muridnya dan ibubapa juga mestilah melalu proses penapisan.

Perlu di ingat bahawa ibubapa memainkan peranan yang amat penting dalam membantu sekolah melahirkan insan soleh ini. Mereka seharusnya membantu melakukan penyeliaan terhadap anak, terutama akhlak anak semasa di rumah. Ibubapa seharusnya tahu kehendak sekolah supaya mudahlah untuk mereka membantu. Contoh yang boleh diteliti oleh ibubapa, seperti solat berjemaah, amalan tilawah Al Quran, hubungan dengan kaum keluarga dan perangai semasa di rumah. Jika bapa tidak solat berjemaah, macam mana nak tanamkan sifat solat berjemaah dalam diri anak apabila anak melihat bapanya sendiri tak kisah solat berjemaah. Begitu juga dalam bacaan Quran. Keluaraga dirumah mestilah mengamalkan tilawah al quran jika hendak melahirkan anak yang cinta quran.

Tingkah laku pelajar mestilah di selia dengan rapi dan proses pembentukan di laksanakan supaya selepas melalui pendidikan selama lima tahun di SMIAA, pelajar soleh wa musleh ini terhasil. Jika berlaku kecacatan dalam proses ini, sekolah seharusnya menilai sama ada pelajar ini mampu dipertingkatkan untuk mencapai keberhasilan atau jika memang pelajar itu sendiri tidak menunjukkan minat untuk membentuk dirinya menjadi insan soleh wa musleh, maka adalah lebih baik untuk pihak sekolah memberhentikan pelajar tersebut. Ibubapa akan dibawa berbincang untuk mereka menyelesaikan masalah anak mereka. Biasanya akan berlaku pertembungan kerana ibubapa akan sentiasa berkehendakkan anak mereka di Al Amin kerana yakin dengan sistem yang ada serta pencapaian yang lepas,

Namun sekolah mestilah mengambil kira setaiap kekangan yang ada dan menilai kemampuannya untuk merencanakan program melahirkan pelajar soleh ini. Harus di ingat misi sebegini memerlukan banyak komitmen dan pengorbanan guru. Jika ada pelajar yang memang tidak berminat membentuk dirinya, ianya akan merencatkan perjalan proses pembentukan pelajar lain. Jadi sekolah mestilah membuat keputusan yang mungkin tidak disukai oleh ibubapa, tetapi demi untuk mencapaikan hasil yang diingini sekolah mestilah melakukan tindakan yang sepatutnya supaya proses dan program melahirkan pelajar soleh ini akan berjalan lancer.

Friday, June 10, 2011

Kemahiran Berkomunikasi

Guru mesti mahir berkomunikasi.

Kemahiran komunikasa merupakan syarat asas guru, kerana dia sentiasa berfikir cara terbaik untuk menyampaikan ilmu kepada muridnya. Pendapatnya, pemikirannya serta harapannya mestilah disampaikan dengan jelas kepada murid supaya murid dapat menerima segala yang diajarkan kepada mereka dengan berkesan. Kemahiran komunikasi sama pentingnya dengan kemahiran dan pengetahuan ilmu yang akan disampaikan kepada murid. Komunikasi berkesan menghasilkan kefahaman dan kejelasan pada murid.

Guru seharusnya tahu terdapat perbezaan antara muridnya. Hanya melalui kemahiran komunikasi lah beliau dapat menyampaikan pengajarannya dengan baik kepada berbagai tahap murid dalam kelasnya.

Diantara kemahiran yang perlu ada:

  1. Motivasi positif – kemahiran yang diperlukan untuk sentiasa menarik minat murid kepada subjek yang diajarnya serta menghilangkan rasa susah akan subjek itu dalam perasaan murid.
  2. Menggunakan bahasa badan yang sesuai untuk memberi perhatian pada murid supaya sentiasa berminat dalam pembelajarannya. Murid mesti sentiasa berminat pada pelajaran guru dengan melihat dan mendengar nya. Jangan murid pula hilang minat pada pelajaran bila melihat guru mengajar. Gunakan bahasa isyarat selain komunikasi verbal dan juga nada suara yang sesuai.
  3. Gurun mesti bertindaj serta merta untuk menghalangi gangguan kelasnya. Gunakan hubungan mata, lepas tu hampiri murid. Jika maasih tak berekesan dekati dan beri peringatan pada murid.
  4. Guru juga mesti mampu melahirkan suasana perbincangan dan pertukaran pendapat antara guru dan murid serta murid dan murid. Ini seharusnya berlaku tanpa menggangu keharmonian pembelajaran dalam kelas.
  5. Guru juga seharusnya meningkatkan kemahirannya menggunakan sebarang alat bantu mengajar terkini, terutamanya alatan computer dan elektronik yang ada. Guru seharusnya mencari banyak bahan yang boleh diperolehi dari khazanah internet dan murid kini berada dalam generasi internet.
  6. Guru juga mesti menggunakan kemahiranmya untuk memastikan kelas sentiasa ceria.
  7. Guru sentiasa memantau kelas dan bergerak keliling kelas untuk memastikan pembelajaran sedang berlaku.

Thursday, June 2, 2011

Bina Keyakinan Murid

Guru seharusnya membantu membina keyakinan diri murid

Guru selalunya berhadapan dengan situasi murid terlalu merendah diri serta kurang keyakinan untuk cemerlang dalam pembelajaran mereka. Jadi guru sepatutnya menjadi manusia yang sentiasa memberi keyakinan diri pada pelajar serta keyakinan bahawa mereka mampu mencapai kejayaan jika mereka berusaha bersungguh- sungguh dalam bidang yang mereka ceburi. Guru seharusnya cuba mendalami kenapa perasaan itu timbul dalam diri pelajar mereka .

Antara sebab, mungkin:


1. Dikelilingi oeh kawan-kawan yang pandai.
  • Jika kawan – kawan keliling mereka mendapa 8 dan 9 A dalam PMR umpamanya, dan mereka hanya mendapt 6A, mungkin mereka rasa rendah diri dalam kelas. Kalau tanya berapa A dalam PMr, mereka akan jawab 6 A je. Padahal 6A tu mungkin top 40% daripada jumlah pelajar yang mengambil PMR pada tahun tu.
2. Mempunyai abang atau kakak yang cemerlang.
  • Mereka yang mempunyai abang atau kakak yang cemerlang dan selalu disebut-sebut pencapaian abang/kakak mereka oleh ibubapa atau kaum keluarga mereka akan menyebabkan mereka tertekan menghadapi pembelajaran.Ibubapa diingatkan untuk menangani isu ini dengan baik kerana kebiasaannya ibubapa hanya lah ingin member inspirasi kepada anaknya untuk mengikuti abang/kakak supaya mampu perolehi kejayaan/kecemerlangan juga. Namun kekadang ianya menjadi tekanan yang kuat kepada pelajar ini kerana menyangkan ekspetasi ibubapa mereka yang terlalu tinggi untulk mereka. Ibubapa seharus ingat bahawa sudah ada kes pelajar membunuh diri apabila pencapaian peperiksaan tidak cemerlang.

Guru-guru seharusnya melihat pencapaian pelajarnya sehingga kini dan sentiasa memberi sokongan untuk sentiasa berusaha meningkatkan diri. Selalulah beri pujian pada pelajar mereka jika ada perkembangan positif.

Jadi, guru mesti lah sentiasa memberi semangat, sokongan , dorongan dan kepercayaan kepada pelajar mereka untuk mencapai kecemerlangan.

Friday, May 27, 2011

Sambutan Hari Guru SMIAAG

Alhamdulillah hari ini, hari terakhir semester ini , diadakan sambutan hari guru peringkat sekolah. Alhamdulillah saya telah pun diminta untuk menyampaikan ucapan perasmiannya. dalam ucapan itu , antara lain saya telah mengingatkan murid :

1. SMIAAG telah melahirkan ramai yang berjaya dalam akademik dan akhlak. Ramai yang menjadi doktor, jurutera, arkitek, akauntan, peguam dan bermacam lagi karier yang telah diceburi oleh bekas murid SMIAAG. Begitu juga ramai yang menjadi nuqabah usrah dan memegang jawatan dalam persatuan dan ngo dakwah. Semuanya bermula dengan komitmen dan pengorbanan insan yang di panggil cik gu di sekolah.

2. Saya juga menjelaskan, setelah 25 tahun berada dalam arena pendidikan, Al Amin terus mendapat saingan dengan sekolah- sekolah ala Al Amin yang 'mushrooming' di merata negeri. Namun saya mengingatkan murid bahawa saya tidaklah gentar sangat dengan cabaran ini, walaupun mungkin ada sekolah baru yang mempunyai infra dan fasiliti yang jauh lebih baik daripada SMIAAG. Ini adalah kerana saya mempunyai satu asset hebat yang tidak di punyai oleh kebanyakan orang/ sekolah lain ia itu GURU GURU SMIAAG. Mereka ini satu kumpulan manusia yang unik, yang telah menunjukkan semangat, komitmen, kesungguhan dan pengorabanan dalam menjayakan misi dan visi sekolah.

3. Murid seharusnya ingat pengorbanan guru ini, dan sentiasa berusaha membalas pengorbana ini telah mengikuti pembelajaran dengan baik dan selalu berbincang dengan guru jika ada masalah.

SELAMAT HARI GURU